Friday, November 14, 2014

Colbie Caillat - Try


Put your make up on
Get your nails done
Curl your hair
Run the extra mile
Keep it slim
So they like you. Do they like you?

Get your sexy on
Don't be shy, girl
Take it off
This is what you want, to belong
So they like you. Do you like you?

You don't have to try so hard
You don't have to give it all away
You just have to get up, get up, get up, get up
You don't have to change a single thing

You don't have to try, try, try, try
You don't have to try, try, try, try
You don't have to try, try, try, try
You don't have to try
You don't have to try

Oh

Get your shopping on,
At the mall,
Max your credit cards
You don't have to choose,
Buy it all
So they like you. Do they like you?

Wait a second,
Why should you care, what they think of you
When you're all alone, by yourself
Do you like you? Do you like you?

You don't have to try so hard
You don't have to give it all away
You just have to get up, get up, get up, get up
You don't have to change a single thing

You don't have to try so hard
You don't have to bend until you break
You just have to get up, get up, get up, get up
You don't have to change a single thing

You don't have to try, try, try, try
You don't have to try, try, try, try
You don't have to try, try, try, try
You don't have to try

You don't have to try, try, try, try
You don't have to try, try, try, try
You don't have to try, try, try, try
You don't have to try
You don't have to try

No
Oh

You don't have to try so hard
You don't have to give it all away
You just have to get up, get up, get up, get up
You don't have to change a single thing

You don't have to try, try, try, try
You don't have to try, try, try, try
You don't have to try
You don't have to try

Take your make up off
Let your hair down
Take a breath
Look into the mirror, at yourself
Don't you like you?
Cause I like you

Sunday, November 2, 2014

Petua Melegakan Sakit Tekak, Batuk & Selsema


Kalau aku ndak silap, awal tahun ni aku kenak sakit tekak lepas tu batuk dan selsema. Masa tu aku malas betul mau keluar pergi farmasi atau klinik. Aku memang ada simpan Strepsils dalam fridge, itu jak la aku bantai tapi sekejap jak tekakku rasa lega. Tiba-tiba aku terpikir pasal madu yang memang selalu ada di atas meja makan. Aku sebenarnya langsung ndak tau pasal petua madu dan lemon yang bole melegakan sakitku waktu tu, tapi aku memang tau la madu ni banyak khasiatnya. So masa tu aku just try and error jak la. Kalau mau makan madu begitu jak macam ndak best pulak. Kebetulan dalam fridge ada lemon sebab sebelum tu aku ada buat cheesecake. Lepas tu terus aku dapat idea mau buat iced lemon tea with honey. Aku pun bikin la satu jug, lebih kurang dalam 1 liter gitu.

Sebelum minum tu aku mulakan dengan bismillah, baca selawat 3 kali dan berdoa. Aku selalu ingat pesan ustazah time sekolah dulu, beliau cakap bukan ubat yang menyembuhkan penyakit kita. Ubat ni hanya sekadar medium perantara, yang memberi kesembuhan itu tidak lain dan tidak bukan hanya Allah SWT. So tiap kali aku atau anakku makan ubat, pergantunganku untuk sembuh lebih kepadaNya, bukan dengan ubat semata-mata. Aku minum dalam 4-5 kali jugak la sampai habis satu jug tu. Alhamdulillah sehari kemudian, sakit tekak, batuk dan selsema semuanya hilang.

Mulai dari hari tu, tiap kali aku rasa macam mau sakit tekak atau time aku start selsema, aku mesti minum teh ais limau dengan madu ni. Ternyata petua ni mujarab untuk aku. Time si Zara batuk berlendir yang aku cerita dalam entry sebelum ni, aku ada google petua untuk melegakan batuk berlendir untuk kanak-kanak. Aku terbaca dalam artikel Dr. Zubaidi yang madu dan lemon ni boleh melegakan batuk untuk kanak-kanak berumur setahun ke atas.


Petua begini ada yang mujarab untuk kita tapi ada jugak yang tidak sesuai. Contohnya macam aku, orang cakap kalau sakit tekak minum air asam jawa kan. Kalau aku minum air asam jawa, sakit tekak ku jadi makin perit pulak. So petua tu ndak sesuai la dengan aku kan. Baru-baru ni kawanku ada bagitau yang suda beberapa hari dia sakit tekak dan lepas dia makan bawang putih mentah, keesokan harinya, sakit tekak tu langsung hilang. Yang ini aku belum pernah try. Kalau ditakdirkan aku sakit tekak lagi, aku mau try jugak petua dia bagi tu. Yala, lemon bukan sentiasa ada di rumahku. Kalau bawang putih ni ndak pernah ndak ada. Lagi senang la kan in case of emergency. Cehh, emergency ka atau malas keluar cari lemon? Hehehe. Bah, itu jak la yang dapat aku share dalam entry kali ni ya. Mudahan petua ni sesuai jugak untuk kamu. Inshaa Allah. :)

Thursday, October 23, 2014

Sophea (Shimmering Crepe Shawl)

Sekarang ni aku tengah cuba sedaya upaya untuk menyiapkan koleksi terbaru dari Leezan Alee Collection, Sophea. Kain ni jenis shimmering crepe, lebih tebal & berat daripada chiffon so ndak perlu la pakai inner neck. Sebenarnya koleksi ni sebelum Aidilfitri lagi aku mau release tapi proses untuk gunting & jahit kain ni agak susah & memang ambil masa jugak la, tu yang aku selalu kasi delay sebab asal mau start jahit shawl ni mesti aku teringat kesusahan yang bakal ku lalui. Huhu. Since aku ni ada masalah OCD, so kalo potong kain tu mesti mau lurus & jahitan pun mesti mau kemas. Satu helai shawl ada yang sampai lebih 2 jam aku ambil masa untuk siapkan. Mungkinkah sebab aku kurang mahir ataupun terlalu perfectionist? Pernah jugak aku hantar ke kedai jahit tapi kakak tu lambat kasi siap & jahitannya ndak menepati piawai ku. End up aku beli mesin jahit & jahit sendiri. Lambat memang la lambat macam siput khinzir tapi yang penting aku puas hati. Yala, dakkan la kita mau jual tudung sama orang lain sedangkan kita sendiri ndak rasa mau pakai tu tudung kan.



Soal kualiti ni agak subjektif jugak, ada orang jenis simple & ndak kesah tapi kalo yang macam aku ni, time beli tudung memang aku perhati betul-betul jahitan sekeliling tudung tu & kualiti kainnya jugak sama ada sesuai dengan harga atau tidak. Kadang-kadang orang pertikai kenapa tudung ni mahal kenapa itu murah sedangkan dua-dua pun chiffon. Aduh kakak sayang heyyy, chiffon ka crepe ka satin ka memang dijual di kedai kain dalam pelbagai jenis & kualiti. Macam kain chiffon, jenis chiffon silk yang perlu dry clean tu lebih mahal harganya tapi kalo kita pakai memang flowy & tampak elegant. Selalunya lebih nipis chiffon tu, lebih mahal harganya tapi bergantung jugak dengan urat kain & jenis kain sama ada berat atau tidak. Kalau chiffon jenis tebal & ringan tu memang selalunya jenis murah. Apapun itu semua terpulang kepada individu tu sendiri, kalau prefer jenis yang murah untung lah kan. Selalunya aku jual kain jenis sederhana sebab kalau kain yang mahal ni susah jugak mau jual.



Untuk koleksi Sophea shimmering crepe, ada 8 warna yang aku akan release. Kain ni lebih kurang sama dengan shawl yang Dato' Siti Nurhaliza pakai dalam klip video Jaga Dia Untukku. Kalau ikutkan hati semua aku mau rembat sebab aku suka betul semua color ni tapi haruslah tahan hati kan kalo tidak nanti ndak pulang modal bisnesku. Hihu. Tapi aku ndak sure lagi sama ada mau release yang plain jak ka atau pun yang bermanik. What say you, girls? Manik pun aku pakai jenis berkualiti & aku prefer yang ada housing ala kemasan manik Jovian Mandagie gitu. Gedik kan! Haha. Kemasan memang aku selalu jahit jenis rolled hem. Bah, sabar jak kamu menunggu shawls ni siap ya. Rajin-rajin jak tunggu update di sini, instagram & FB page Leezan Alee Collection. Harga sangat berpatutan. Aku pernah tengok butik jual plain shawl jenis kain yang sama & harganya cecah RM89 sehelai. Aku jual ndak sampai pun RM50 kalo yang plain tapi belum finalize lagi harganya. Stay tuned k! :)

Wednesday, October 22, 2014

The Visit


Isnin lalu kami ke KPJ Sabah Specialist Hospital untuk melawat Rina Chee; isteri kepada first cousin Pak Zara yang baru melahirkan baby boy yang comel awal pagi Isnin, sebelum Subuh. Kebetulan hari tu kami memang mau melawat Kak Ruminah, isteri kepada rakan sekerja merangkap pakcik kepada Pak Zara dan kebetulan jugak dua-dua pun admitted di Wad Bersalin (2nd floor) di hospital yang sama. Sebelum ke sana kami singgah sekejap ke Suria Sabah untuk beli buah tangan.



Mula-mula tu kami lawat si baby duluan sebab nanti kalau jumpa kak Ruminah mesti panjang cerita kami. Lagipun si Rina mesti masih penat tu lepas bersalin, so kami memang budget lawat dia sekejap jak. Best betul kalo lawat baby baru lahir ni, teringat pulak aku time deliver si Zara dulu. Alhamdulillah si Rina pun normal delivery jugak. Time kami lawat dia, ada adiknya jak di situ. Aku ni jarang jugak buat lawatan sebegini, selalunya kalo pergi lawat kawan yang baru lepas bersalin mesti dengan kawan-kawan yang lain so banyak jugak yang boleh disembangkan. Dorang si Rina ni pun jarang kami jumpa, nasib baik la aku banyak bukak cerita pasal pengalaman time deliver & pantang dulu. Yang bikin slack tu kan, bolehnya aku berslang KK time mula-mula tegur si Rina. Nasib jugak ndak lama lepas tu aku tersedar si Rina tu orang Lahad Datu. Kuyak berabis ba aku rasa tapi haruslah control ayu kan. Hehehe. Kami ndak ambil gambar baby sebab hormat privacy diorang so tiada la gambar kenangan bersama si baby. Nama baby pun ada suda tapi kami tunggu jak la diorang umum nanti. Muka baby ndak pasti jugak ikut mama atau ayahnya sebab baru lagi kan tapi confirm comel tu sebab parentsnya dua-dua pun lawa. Aku tengok jak mukak si Rina time melawat tu, dalam hatiku cakap "Adui, ini perempuan lepas bersalin pun cantik jugak ba." Time aku lepas bersalin dulu mukakku macam bibik jak kali. Haha.



Lepas lawat si Rina, kami pun pergi la ke bilik kak Ruminah. Di situ ada Wak Rizlan, ibunya & anak sulung dorang. Panjang jugak cerita kami di sana tu sebab ramai kan lagipun aku biasa jugak sama kak Ruminah so rancak la kami bercerita. Kemaren dijadualkan pembedahannya tapi kami belum sempat lagi bertanya khabar. Inshaa Allah ok tu sebab kali ni kira minor operation, yang major suda selesai beberapa bulan yang lalu. Sebelum ni Pak Zara datang melawat sama kawan-kawan sekerja yang lain. Kali ni dapat la aku ikut lawat kak Ruminah. Mudahan kakak cepat sembuh seperti sediakala. Amin. Aku ni kalo pergi melawat, handphone memang jarang ku kasi keluar. Camera pun lagi la ndak patut keluar kan kecuali la time lawat anak buah, adik-beradik atau parents sendiri. Itu pun untuk di share dengan family sendiri jak. So tiada jugak la gambar kami di situ. Sebelum keluar tu kami ambil gambar di ruang lobby jak sebab nanti boring pulak kan kalo entry ndak ada gambarnya. Time begambar tu si Zara merengek la pulak sebab dia mau buang air besar. Huhu.



Lepas dari KPJ tu kami pergi ke Servay Putatan untuk belanja barang dapur di sana. Selesai shopping kami pun dinner la di Warung Saji, Putatan. Menu butter prawn ni memang famous di sini. Selain hidangan ni, ikan masak asam pedas pun sedap jugak. Selama kami makan di sini, semua hidangan boleh tahan sedap kecuali tom yam. Kalau rasa mau makan tom yam kami selalu ke Restoran Asia Rasa atau Restoran Hang Li Po, dua-dua pun di Karamunsing Capital. Bah, ini jak la update untuk kali ni ya. Lakiku cakap aku hutang satu entry pasal pisang cheese di Grand Borneo Hotel tapi lain kali la aku update tu sebab gambar malam tu ndak berapa santikk. Next time jak la ya. Hehe. K, bye! :)

Sunday, October 19, 2014

Sunset @ Tanjung Aru


Selalunya kalau hujung minggu begini kami sekeluarga lepak di rumah saja tapi petang tadi time aku rasa mengantuk, aku ajak la Pak Zara jalan-jalan tengok sunset di Tanjung Aru. Pak Zara yang sebenarnya tengah take a nap terus bangun & setuju. Cett, nampak sangat dia boring lepak di rumah kan! Haha. Kalau ikutkan Pak Zara ni memang suka jalan-jalan cari pasal, aku ni yang agak introvert & kurang suka mau outing. Tapi kesian jugak dengan si Zara kan kalau zaman kanak-kanaknya banyak dihabiskan di dalam rumah jak. Sekali-sekala mesti la dibawak bersiar-siar menghirup udara segar. Tengoklah tu gayaknya yang excited tunjuk pantai sama ayahnya. Sian ba anakku, jakun tengok pantai. Huhu.



Kami sampai di sana lebih kurang dalam jam 5.30pm. Kalau pergi ke Tanjung Aru haruslah beli jeruk & buah-buahan. Sementara tunggu sunset bolehlah dikunya-kunyah sambil berphotoshoot sikit-sikit. Gambarku macam biasa la, banyak yang ndak best. Temiring sana, temiring sini. Ada kaki orang di tepi la, tangan orang di sebelahku la. Ndak dapat mau diselamatkan walaupun dicrop. Sandi. Pak Zara mau dikasi kursus fotografi ba ni. Sian Mama si Zara jarang muncul dalam blog sendiri. Tsk.



Nasib jugak ada gambar silhouette yang menjadi. Itu pun kedapatan aku tunjuk si Zara suruh dia diam-diam & jangan bergerak. Hihi. Ranting kayu pun macam bersambung dengan kepalaku. Ini sesuai ni kalau dikasi jadi iklan 'sel-sel otak sedang berhubung lalu berkembang menjadi tanduk rusa bercabang seribu.' Tapi ndak apa la kan, usaha sebegini harus diberi pujian. Aku pun bukanlah pandai betul pasal bidang fotografi ni. Kursus fotografi langsung ndak pernah aku pergi. Editing pun belajar sikit-sikit dari youtube saja. Cuma kalau ada masa tu aku sukak jugak tengok hasil karya fotografi yang kreatif.



Ini dia gambar sunset petang tadi. Subhanallah. Indah sungguh ciptaan Allah SWT. Lepas tengok sunset ni, kami teruskan perjalanan ke 1Borneo sebab petang tadi si Zara balek-balek cakap mau main-main. Berabis ba dia menggombal kami. Huhu. Sebelum ke 1B kami singgah dinner di Warung Padang Jawa, Alamesra. Lepas si Zara main-main di Molly Fantasy Playground, kami lepak sekejap di Grand Borneo Hotel. Ini port kami makan pisang cheese. Besok la aku update entry pasal lepaking di situ ya. Inshaa Allah. Ok la. Good night all!

Friday, October 17, 2014

Dinner @ Pregio by Barista Caffe

Hari ni ndak jadi pulak kami survey preschools yang aku cerita semalam tu. Lepas maghrib kami tolong hantar kawan sekerja suamiku ke airport & lepas tu kami singgah sekejap di Tanjung Aru untuk beli jeruk & buah-buahan di sana. Tujuan kami keluar malam ni sebenarnya mau ke Wisma Karamunsing sebab mau beli water heater. Selepas 3 tahun berkhidmat memanaskan air mandi kami akhirnya sampai jua ajalnya kesian. Patah tumbuh rosak beli baru lagi la jawabnya kan. Macam diorang tau jak kami mau pindah suda next year, satu persatu barang berosakan ba. Bule ka tunggu kami pindah duluan baru kamu semua rosak? Huhu. Saja jak mau sabotaj deposit kami kan! Asi ka marah sama barang? Haha!



Lepas kami beli water heater di Huat Ming, Enchek Suami ajak mengopi lagi. Aww, macam dia pulak ketagihan mau ke cafe pedahal aku yang kaki mengopi. Tiap pagi harus minum kopi, kalau tidak lemas satu badan macam time mengandung si Zara dulu. Time pantang tu aku langsung minum kopi ya sebab gerigitan selama hampir 9 bulan. Hihi. Cadangan lokasi mengopi kali ni sama ada di The B Side atau di Pregio by Barista Caffe. Memandangkan Enchek Suami rasa macam mau makan ice cream so aku pun suggest la di Pregio, Metro Town.



Malam ni aku order Latte sebab sebelum ni aku suda minum Mocha & Cappuccino kan so tukar-tukar selera la ni kunuk. Kalau Expresso bagi aku terlalu berat sebab tiap kali aku minum mesti aku bole rasa degupan jantungku lebih laju dari biasa & kadang-kadang aku rasa sakit kepala akibat kelebihan caffeine. Sedap jugak Latte di Pregio ni. Yala, kalo suda namanya Barista Caffe, kopinya haruslah sedap kan! Tapi kenapa ba balek-balek kami dapat coffee art jenis beruang ni? Kenapa bukan bentuk heart, rosetta, tulip mahupun swirls? Aku rasa ini mesti angkara keberadaan si Zara, so kononnya bear tu cute la untuk tatapan kami. Tapi betul la jugak cute kali kan sampai si Zara salah sangka jugak tadi tu, dia kira latte tu dia punya minuman. Untuk meyakinkan si Zara yang itu bukan dia punya, aku kasi dia rasa sikit terus dia cakap "Yucky!" Nah, baru dia tau pahitnya kopi. Hahaha.



Kalau tengok komen di Instagram, pizza di sini sedap so kami pun cuba try test la order. Disuruh pilih topping so aku sebut jak la bahan-bahan ala pizza jenis hawaian chicken. Not bad jugak la rasanya tapi aku prefer Pizza Hut punya Pan Pizza. Yang ini kan jenis traditional dia punya crust tapi ok la ada kelainan la jugak. Ayah si Zara pun suka pizza ni.



Selain pizza tu, kami order jugak waffle ni sebab Enchek Suami kan mau makan ice cream katanya. Kalau ikutkan aku, aku mau order waffle Tiramisu tapi hubby pilih yang ini so layankan jak la. Waffle di sini memang sedap ok! Ndak rugi order. Next time aku mau try yang Tiramisu pulak.



Last sekali kami order Cheesecake in Jar ni sebab dia macam memanggil-manggil kami dari dalam almari kaca berdekatan. Hehe. Presentation memang lawa kan. Rasanya ok jugak la, macam classic cheese with lemon zest gitu tapi Enchek Suami & si Zara ndak berapa sukak. Dalam jam 9pm tu kami pulangan sebab cafe ni tutup jam 9.30pm. Untuk Pregio by Barista Caffe ni, aku bagi 4 out of 5 stars jugak la sebab kopinya sedap, waffle pun yummy, ambiance pun lawa kan. Bah, cukuplah suda sesi mengopi di cafe untuk bulan ni. Tapi ndak tau la jugak, ayah si Zara tu pandai datang mengidamnya. Hihi. Ok la, selamat malam! :)

Wednesday, October 15, 2014

Tea Time @ Sweet Daily

Petang tadi lepas Zohor kami bertiga jalan-jalan survey pre-school untuk si Zara sebab next year umurnya masuk 3 tahun suda. Mula-mula tu kami pergi ke cawangan Q-Dees di Lido tapi kami laki-bini ndak berapa berkenan dengan suasana di situ. Lepas tu kami singgah di Q-Dees cawangan Damai, yang ini lebih bagus dari yang di Lido tapi aku masih 50-50 jugak mau kasi si Zara sekolah di sana. Satu lagi cawangan Q-Dees ada di Kingfisher tapi terlalu jauh pulak dengan area kami di Kepayan ni. Di situ maybe lebih bagus la sebab masih baru kan tapi kami ndak pergi ke sana petang tadi sebab mustahil jugak mau hantar si Zara di situ. So nampaknya ndak dapat la si Zara pre-school di Q-Dees. Pilihan seterusnya Smart Reader Kids & Little Caliph tapi belum pasti jugak. Besok atau lusa kami try survey cawangan yang berdekatan. Hasil dari 'googling' sekejap tadi, besok kami mau try survey jugak Taska Bright Beginnings, Taska Bumble Bee dan Angel Playschool & Daycare.



Lepas jumpa Puan Doreen (principal di Q-Dees Damai), kami merayap ke Sweet Daily di Metro Town untuk minum petang di sana. Tempat ni memang sesuai untuk minum-minum sambil chit-chat. Lokasinya pun senang bangett mau cari, ndak payah pakai Waze segala. Hehe. Time kami di sana petang tadi ndak ada pula customers lain so kami pun bermaharajalela la di sana. Muahaha! Nah, keluar suda 'ketawak penjahat' ku. Aku apa lagi, berabis la snap gambar!



Ini dia menu yang kami order. Aku minum Cappuccino, ayah si Zara minum Teh Tarik saja. Kek Tiramisu tu aku punya tapi si Zara yang bertemahak! Time tinggal suku kek tu kan, dia terus kaut sekali kasi masuk besar-besar dalam mulutnya. Siapa ajar kau begitu Zara?! *Trip lap peluh di dahi.* Yang tengah tu kek Classic Cheese, Enchek Suami yang order. Mesti dia budget rasanya sama macam di Secret Recipe tapi confirm la ba lain bossku. Hehe. Si Zara punya Sweet Daily Cheese cake, yang ini lagi sedap daripada Classic Cheese cake tu. Kek Tiramisu tu sedap jugak la, si Zara pun sukak. Selera Mamanya sangatt!



Selesai makan kek, ayah si Zara mau try pulak sandwich di sini. Diorang bagi order form untuk kita pilih ingredients sandwich tu so aku pilih French bread, chicken bacon, salad, chili sauce, tomato sauce, mustard sauce & cheese. So gambar di atas ni la sandwich hasil pilihanku. Rasanya ok la jugak dan yang penting ianya mengenyangkan. Menu lain aku ndak berapa sure sebab datang sini memang mau makan kek jak pun.



Sementara tunggu Enchek Suami makan kasi habis sandwich tu, aku bersantai la kunuk di sudut paling cozy dalam cafe ni sambil dukung si Zara yang suda ketiduran. Lama la jugak kiranya kami lepak di sini sebab mau kasi limpas tempoh traffic jam. Heran jugak ndak ada orang datang selama kami di sana atau mungkin kami datang bukan time peak hours kali kan.



Ini dia sudut yang paling santikk untuk berphotoshoot dalam cafe ni. Selalunya ayah si Zara ni malu-malu kambing kalo mau berselfie tapi sebab ndak ada orang di sana bukan main lagi dia bergopro. Hahaha. Ampun ya sayang. I know you will read this post. Hihi.



Overall, aku bagi 4 out of 5 stars untuk Sweet Daily ni. Ambiance cantek, servis bagus dan harga pun berpatutan. So untuk yang belum pernah datang, kamu try la bawak family atau besties santai-santai di sini nanti ya. Let them eat cake! ;)

Nota Kaki: Lana Glitter Chiffon shawl yang aku pakai ni dari Leezan Alee Collection. Shawl color grey dalam entry Mengopi @ October Coffee House tu pun sama jugak. Next time kalau aku release koleksi shawls lagi aku update jugak di sini ya. Stay tuned darls!

Sunday, October 12, 2014

Resepi Bubur Ayam McD


Resepi bubur ayam McD ni lebih kurang dengan resepi bubur ayam MakAku. Hehe. Inilah menu lunch kami sekeluarga hari ini. Simple, senang dan cepat dimasak. So untuk yang boikot McD tu tapi kepingin mau makan, atau yang tidak/belum boikot tapi malas mau order atau berkunjung ke cawangan McD yang berdekatan, boleh la try resepi ni. Sebelum ni, entry resepi bubur Ayam McDonald ni la yang paling dikunjungi & aku dapat banyak jugak feedback positif dari para pembaca walaupun blog ni on hiatus masa tu. Nah, ini dia resepinya ya, ada 2 versi. Silakan pilih! ;)

Bahan-bahan (untuk 4-6 orang)

1 1/2 cawan beras
1 1/2 inci halia diketuk / titik
2 sudu kecil serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
1/4 ekor ayam (aku selalu guna isi ayam)
1 liter air
sedikit garam

Garnish ( sesuka hati la mau letak banyak mana )

lada merah
daun bawang
daun sup
serbuk lada putih

Cara-cara

Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Jangan buang air rebusan ayam tu. Basuh beras bersih-bersih. Masukkan beras ke dalam periuk bersama dengan lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. Masak bubur ikut suka lembut macam mana kamu mau. Bila bubur hampir masak, masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam. Bubur bolehlah dihidang bersama ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah & daun sup. Titiskan sedikit dengan minyak bijan. 

Resepi di atas credit to My Resepi.


Resepi MakAku

Bahan-bahan semua sama jak cuma tambah bawang putih, cara masak pun berbeza. Yang ini lagi simple rasanya.

Masak bubur nasi macam biasa. Kalau suda hampir masak, tambahkan serbuk pati ayam & sedikit garam. Tumis hirisan bawang merah, hirisan bawang putih & halia (diketuk/titik) hingga kuning keemasan. Masukkan hirisan ayam (aku letak sedikit Maggie Cukup Rasa) dan tumis sehingga hampir masak. Tuangkan bahan-bahan tumisan (termasuk minyak tumisan) ke dalam periuk bubur yang tengah dimasak tadi. Gaulkan sekejap sampai ayam tu agak-agak suda masak lepas tu tutup la api. Masukkan lada putih secukup rasa. Bubur ayam bolehlah dihidangkan bersama bawang goreng, daun sup, daun bawang & lada merah. Titiskan sedikit minyak bijan. Siap! :)

Hari ni aku masak bubur dalam periuk nasi Panasonic sebab memang bole masak bubur di situ. Lagi senang sebab ndak perlu mau jaga api.

Nota kaki: Untuk yang kurang familiar dengan terms memasak, tumis tu guna sedikit minyak jak ya. Bukan goreng ok.

Happy Birthday to Ratna


Dalam kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun yang ke-30 buat sahabat karibku dunia akhirat, Ratna Thamrin. Alhamdulillah, suda lebih 17 tahun kami bersahabat. Bukan mudah untuk menemui seorang sahabat yang ikhlas dalam berkawan, yang sering memberi sokongan dan dorongan, jauh sekali punya rasa iri hati dan dengki. Dia juga merupakan seorang kawan yang aku paling percaya untuk meluahkan perasaan serta berkongsi masalah kerana aku yakin dialah sahabat yang paling mengerti diri ini. Dialah sahabatku yang paling jujur, tidak sewenangnya mencanang kisah hidup kepada yang lain serta tidak memanipulasi masalah insan lain.

Aku mengagumi sifatnya yang sentiasa positif dengan kehidupan dan sering bersangka baik terhadap sesiapa sahaja. Tidak pernah sekalipun dia cuba mengadu domba ataupun mengkhianati erti sebuah persahabatan. Masih segar dalam ingatan ketika aku ingin menyambung pelajaran ke peringkat matrikulasi, dia datang ke rumah membawa ole-ole kek coklat hasil air tangannya pada malam sebelum aku berangkat ke Kota Kinabalu. Rasa sebak & tersentuh hati ini namun kami ditakdirkan untuk tidak dapat menyambung pelajaran bersama-sama selepas alam persekolahan. Aku sangat bersyukur kerana dipertemukan seorang sahabat sebaiknya dan tiada duanya hingga ke saat ini.

Buat sahabatku Ratna, semoga kau dipanjangkan umur, dimurahkan rezekimu dan semoga kau sentiasa berada di bawah lindungan Allah Ta'ala. Aku berdoa agar kau sentiasa berbahagia di samping keluarga tersayang. Semoga segala doa, impian dan harapanmu dimakbulkan oleh Allah SWT dan setiap urusanmu dipermudahkan olehNya. Inshaa Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.

Saturday, October 11, 2014

Mengopi @ October Coffee House


Seperti yang dirancang, malam ni Enchek Suami ajak mengopi di October Coffee House di bulan Oktober. Memang sesuai betul kan! Hehe. Sebelum ni, aku ada request sebab tengok orang upload gambar di Instagram macam best pulak tempat ni so kami pun mau give it a try la kunuk. Kami belum pernah sampai ke area Peak Vista Condominium so kami guna Waze sebagai penunjuk arah untuk sampai ke sana. Ndak susah jugak mau cari tempat ni, memang jalan utama yang selalu kami limpas kalo mau pergi ke 1Borneo cuma simpang ke situ belum pernah kami masuk. Time naik ke atas tu gelap gulita sekejap, pelik jugak kan area tengah bandar pun ndak dipasang lampu jalan. Bikin takut kalo sendiri naik ke sana, nasib la aku ditemani Sang Suami tapi mulutku berkumat-kamit jugak membaca Ayat Kursi sebab bawak baby Zara. Baby la sangat! ;p Lain kali kalo mau pergi ke sana bagus time siang jak la.



Cara order & bayar sama macam Starbucks. Kita order di kaunter & bayar di sana lepas tu tunggu diorang hantar ke meja. So kalau yang first time datang sini mesti blur sekejap mau order apa sebab dia tulis menu di black board depan kaunter jak. Tiada menu bergambar mahupun ilustrasi makanan di seluruh pelusuk cafe. Nehi kebi nehi! Untuk yang selalu blur macam aku ni, kau mesti rasa macam mau teriak "Kiahuaaa beteee?! Mere dunyaaa.. Bla.. Bla.." Tapi nasib baik la nama-nama menu tu aku familiar dan tidak lah banyak mana pun. Phew! Lega mak. So dipendekkan cerita, aku macam selalu la kalau kopi-mengopi ni aku suka order mocha. Lakiku pulak ndak sukak minum kopi so dia order la chocolate blended. Si Zara ndak ada pilihan lain selain hot chocolate.



Masa menunggu tu ndak jugak lama tapi tidak jugak sekejap. Depends sama apa yang kita order jugak tu. Aku order French Toast sampai duluan daripada Bruchetta yang lakiku order. Minumanku pun sampai duluan.



Ini menu yang aku order, hot Mocha Latte sama French Toast. Selalunya aku prefer mocha blended tapi cuaca sejuk malam ni so aku order la kopi panas. Ok jugak la rasa French Toast di sini. Kopi tu bagiku rasanya biasa-biasa saja.



Ini pulak menu yang ayah si Zara order. Sedap jugak Bruchetta nya ni. Next time kalau kami datang sini lagi aku confirm order yang ini. Chocolate blended tu ok jugak la. So kalau mau compare menu kami, menu suamiku lagi sedap. Nyampah! (,")



Ini minuman si Zara. Dia ni memang selera kampung. Makanan western semua dia kasi keluar balek dari mulutnya.  Hot chocolate ni pun mula-mula tu dia excited la sebab ada muka bear comel tu kan tapi lepas tu dia minum sikit-sikit jak. Last-last terpaksa la mamanya yang minum kasi habis. Huhu. Kalau sup sama nasi kosong di Warung Padang Jawa tu satu piring dia makan kasi habis. Apa bole buat la kalo mama & ayahnya dua-dua pun berselera ala kampung gitu. Kadang-kadang jak tu fefeeling urban sebab ndak mau ketinggalan arus modenisasi dalam era globalisasi. Hambek ko ayat karangan zaman SPM dulu. Hahaha.


So kesimpulannya, aku bagi rate 3 out of 5 stars la untuk October Coffee House ni. Lain kali kami akan datang lagi. Inshaa Allah. Oh ya, nanti kami mau try jugak mengopi di The B Side, Lido Plaza. Ambiance macam best jugak sana tu tapi ndak tau la sedap ka tidak. Nanti iols story-mory kalau jadi mengopi di sana ya. Ok la, sampai sini saja episod jalan-jalan cari kopi kami kali ini. Good night all! :)
WordPress & Blogger Templates by pipdig